Tuesday, February 21, 2012

my E-Day

Posted by Nurhafiszah Sulaiman at 12:01 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, berkat doa kami dan keluarga yang tidak putus2, akhirnya hubungan saya dan si dia melangkah setapak ke alam pertunangan.. rasa bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan kebahagiaan ini. hanya Allah yang tahu bertapa gembiranya saya setelah menemui si dia yang benar2 ikhlas untuk menjadikan saya suri di hatinya. Alhamdulillah...:))





Tanggal 5 Februari 2012, saya telah sah menjadi tunangan orang dengan bukti cicin di jari manis. cincin di sarungkan oleh bakal mak mertua yang sangat neves ketika itu.. mungkin neves nak dapat menantu yang x brapa nk sempurna ni kot.. maklumla, saya ni tidak terlatih utk menjadi suri rumah tangga 1st class... stakat masak untuk makan sendiri dan family yang perutnye dh kebal dgn masakan saya, basuh basuh menggunakan mesin basuh dgn lebih muatan, lipat baju dengan saiz lipatan yang tidak seragam dan mengemas umah dengan membuang segala bnda yang bersepah tanpa pikir kegunaan brg 2, mmg saya belum sempurna untuk menjadi menantu dan isteri yang baik... gheee~jauh d sudut ati, saya memerlukan seekor doremon yang dpt mngeluarkan brg2 ajaib dr poketnye utk menyenangkan keje2 harian... saya x mo bibik~! bibik umpama saya sedang menempah madu.. owh tidakkk~!!

okeyh~, so thats mean i need 2 try my best from now 2 be a gud wife.. wink2* :D


jeng2.. inilah tunang saya yang tercinta merangkap my future husband.. insyaAllah.. aminnn..:) semoga hubungan kami bahgia dan kekal ke akhir hayat kami.. biarla hanya ajal yang dapat pisahkan kami berdua...

i love u so much sygg..:))
tetamu yang hadir beserta hantaran kedua2 belah pihak..:))

Monday, December 26, 2011

when i fall in lurve, it wld be 4ever

Posted by Nurhafiszah Sulaiman at 12:36 AM 1 comments
“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”

Alhamdulillah.. akhirnya sy berjumpa Mr.Right sy..:) berkat doa-doa lewat solat, Allah telah mengurniakan seorang insan yg berjaya mencuri hati ini.. Dia seorang lelaki yg baek, soft spoken, KUAT MERAJUK, n de best thing, dia seorang yang pemalu.. mmg agak kontra dengan perwatakan sy.. tp itulah yg sy cari selama ini..:) seseorang telah memberitahu sy, sentiasalah nyatakan perasaan dan keinginan kite kepada Allah melalui doa.. Allah suka akan hambaNya yang suka meminta2 kepadaNya. hamba yg tidak pernah meminta apa2 adalah hambaNya yg sombong... saya selalu berdoa semoga sy ditemukan jodoh dengan lelaki yg baek, dapat membimbing sy ke jalan Allah serta dapat menyanyangi sy sehingga ke akhir hayat sy.

betul kata pepatah, Allah mahu kurniakan kpd kita pelangi setelah diturunkan hujan. mungkin inilah hikmah setelah sy redha dan berjanji tidak akan menoleh belakang lg dengan apa yg telah berlaku. sy sgt menyanyangi dan mencintai si dia.. sy brharap si dia juga mmpunyai rs yg sm seperti sy... kami saling berpesan agar sentiasa doa utk kebaikan hubungan kami.. InsyaAllah, sekiranya ada jodoh, semoga dpermudahkan segalanya.. amin.. hari2 sy sgt bahagia kini..:)

"Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta"


Dear sygku Mohd Syukri,

syg, i nak syg tau bahawa setiap nafas i, syg sentiasa ada dlm hati i.. kesetiaan sentiasa mengiringi cinta kita.. i tggu sy balik nnti, balik yg membawa kebahagian dlm perhubungan kita.. i love u so much syg..:) n i miss u..:( secebis kasih membuat kita syg.., secubit mesra menumbuhkan rasa cinta, secangkir janji membuat kita percaya, sedikit DUSTA membuat kita TERLUKA, namun, secalit ukhwah selamanya akan terasa..:))

Ur Love...
:)

*siapa yg pnh ckp sy x laku, better u looking back urself.. our future, only Allah knows.. but not hurt feeling bebeh~






Monday, October 31, 2011

takdir..:)

Posted by Nurhafiszah Sulaiman at 12:41 AM 0 comments
31 oktober 2011
isnin
12.45 am

salam

sekian lama saya sibuk dengan aktiviti kehidupan.., kini baru saya berkesempatan untuk berblog.. rindu pada sahabat bisu yang sentiasa mempunyai ruang untuk di karang.. Alhamdulillah, sy bersyukur kerana beberapa minggu yang lalu Allah telah menemukan sy dengan seorang hamba Allah yang sgt baek.. menjdi sahabat yg menemani sy ktika waktu2 senggang, waktu malam mahupun waktu bangkit dr tidur.. hati sy dgn mudahnya terbuka utk menjd sahabatnya walaupun kami hanya berkenalan di facebook.. melihat pada wajahnya, sy langsung tiada rs sangsi mahupun curiga dengan persahabatan yang baru dibina tambahan pula si dia merupakan saudara kpd boyfren kwn baek sy.. dunia... ya, dunia mmg sukar untuk diduga dan dijangka...


namun, atas ksilapan yg tlah sy lalukan pada bbrapa minggu yang lalu, mnjadikan hubungan kami terputus. hanya Allah yang tau perasaan sy ketika itu.. wpun kami baru berkenalan, sy tidak tahu knapa hati sy seolah2 tercuit dengan kbaikannya.. Alhamdulillah, berkat doa, hubungan saya dan dia kembali jernih... hubungan kami semakin akrab apabila dia mula memanggil sy dgn gelaran2 manja... katanya mahu bermanja dgn sy.. its oke.. mungkin itu yang dikatakan bibit2 cinta.. namun, jauh d sudut hati menyedari dia merupakan seorg lelaki yang sgt sensitif.. banyak bermain dgn perasaan...

sedang sy bahagia menyulam rasa selama berkawan dgn si dia.., entah kenapa si dia seolah2 menolak sy sbg sahabatnye.. saya yakin bukan silap sy.. ats alasan malas bercinta lg, dan hanya menganggap sy sahabat dikala bosan, sungguh sy tidak dapat terima akan alasan dan sikap nya yg sgt mengecewakan.. saya mengambil langkah menjaga maruah dri dgn mengundur diri secara baik.. siapa yang tidak sedih kan...? tp dlm sedih, sy tetap mempunyai ego sbg seorng wanita...

kepada si dia.. janganla memberi harapan jika tidak mampu untuk mempercayai wanita.. tolong jgn smkan wanita yg pernah mengecewakan kamu dgn wanita2 lain.. ibarat kamu tidak hormat dengan perasaan kaum hawa.. namun, jauh d sudut hati saya mahu berdendam kerana si dia pernah membuat hari2 sy bermakna.. mungkin si dia ade alasan yg terbaek kenapa dia menjd begitu.. hanya Allah yang tau apa yang terbaek untuk diri sy dan drinya..


salam sayang...

Wednesday, September 28, 2011

salam

Posted by Nurhafiszah Sulaiman at 11:40 PM 0 comments
salam.

dah lama tidak berblog. rs bermacam2 perasan mahu di luahkan. tp tiada daya nak muntahkan satu persatu. hanya Allah mengetahui isi hati ini.

Saturday, September 10, 2011

Carta hati (original song) - najwalatif

Posted by Nurhafiszah Sulaiman at 3:01 PM 0 comments

Thursday, July 14, 2011

Kesyukuran

Posted by Nurhafiszah Sulaiman at 11:55 PM 0 comments
Alhamdulillah.. setelah saya menerima ujian dari Allah, ujian yang amat berat dalam hidup saya, Allah telah membuka pintu hati saya untuk bersujud kepadaNya. mungkin selama ini saya alpa dengan duniawi sehingga saya lupa kepada Maha pencipta. segalanye di atur dengan rapi. sungguh Allah itu maha mengetahui tentang segala di atas muka bumi ini. percaturanNya juga sunguh indah. di dalam saya sesat dalam lautan jiwa yang merana, jiwa yang sedang ingin memberontak, Allah telah memberi saya petunjuk dengan mengurniakan seorang insan yang banyak membimbing serta membantu saya untuk mendekatkan diri kepadaNya.

entah mengapa, jiwa saya sgt tenang apabila dapat bertemu dgnnya. Allah juga memberi peluang kepada saya untuk saya berguru mengaji AlQuran dengannya. sesungguhnya saya amat bersyukur. bersyukur kerana jiwa saya tidak rosak dek emosi yang sangat mengganggu rohani. ya Allah, jika la saya tidak kuat, kemana agaknye tempat yang akan saya pergi? semakin kacaukah hidup saya?

saya juga bersyukur melihat perubahan yang ada pada diri. kini saya mula mengambil berat tentang solat. walaupun tidak kerap, tetapi saya tetap bersyukur kerana saya terbuka hati untuk melakukannya. saya sangat bersyukur kerana ada perubahan dalam hidup ini. saya sedar, saya bukanla insan yang baik sebelum ini. banyak khilaf saya. orang mungkin nampak depan saya, saya seorang yg naif. tetapi tiada sesiapa yang tahu sejarah hidup saya. saya insaf!

bersyukur juga kerana insan yang banyak membantu saya, hari ini memberi saya seutas tasbih. walaupun mungkin padanya pemberian biasa, namun, pada saya, ia adalah satu pemberian yang sangat bermakna. apa yang saya paling bersyukur, sy semakin kuat untuk melupakan kisah yang telah menjd sejarah hidup sy. saya bertekad untuk tidak menoleh kebelakang lagi..

semoga tekad saya untuk khatam AlQuran bersama insan yang sangat bermakna ini diizin dan di makbulkn oleh Allah S.W.T..

ya Allah, sesunggunya aku ini insan yang banyak melakukan dosa. namun aku ingin ke syurgaMu ya Allah.. ko berilah aku kesempatan waktu untuk aku bersujud beramal kepadaMu..

Monday, May 30, 2011

silent

Posted by Nurhafiszah Sulaiman at 1:11 AM 0 comments

salam

aku masih menanti sebuah jawapan
jawapan yang menetukan jua ms depanku
komitmenku, dan semangatku
bulan silih berganti, namu bisu tetap membisu

arhh..
penat aku penat
penantian suatu penyiksaan
tapi aku yakin akan ketentuanMu Tuhan
percaturan hidup yg telah tertulis sejak azali
mesti aku tabah jua untuk harungi
walaupun jawapan masih jua di jalan sunyi...

aku bernekad
Jun menjadi saksi
agar segala jawapan termeterai, menenagkan hati
apa pun jua yang bakal hadir
InsyaAllah aku akan tabah untuk hadapi...







 

:::SuGaR PaPeR::: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal