Thursday, July 14, 2011

Kesyukuran

Posted by Nurhafiszah Sulaiman at 11:55 PM
Alhamdulillah.. setelah saya menerima ujian dari Allah, ujian yang amat berat dalam hidup saya, Allah telah membuka pintu hati saya untuk bersujud kepadaNya. mungkin selama ini saya alpa dengan duniawi sehingga saya lupa kepada Maha pencipta. segalanye di atur dengan rapi. sungguh Allah itu maha mengetahui tentang segala di atas muka bumi ini. percaturanNya juga sunguh indah. di dalam saya sesat dalam lautan jiwa yang merana, jiwa yang sedang ingin memberontak, Allah telah memberi saya petunjuk dengan mengurniakan seorang insan yang banyak membimbing serta membantu saya untuk mendekatkan diri kepadaNya.

entah mengapa, jiwa saya sgt tenang apabila dapat bertemu dgnnya. Allah juga memberi peluang kepada saya untuk saya berguru mengaji AlQuran dengannya. sesungguhnya saya amat bersyukur. bersyukur kerana jiwa saya tidak rosak dek emosi yang sangat mengganggu rohani. ya Allah, jika la saya tidak kuat, kemana agaknye tempat yang akan saya pergi? semakin kacaukah hidup saya?

saya juga bersyukur melihat perubahan yang ada pada diri. kini saya mula mengambil berat tentang solat. walaupun tidak kerap, tetapi saya tetap bersyukur kerana saya terbuka hati untuk melakukannya. saya sangat bersyukur kerana ada perubahan dalam hidup ini. saya sedar, saya bukanla insan yang baik sebelum ini. banyak khilaf saya. orang mungkin nampak depan saya, saya seorang yg naif. tetapi tiada sesiapa yang tahu sejarah hidup saya. saya insaf!

bersyukur juga kerana insan yang banyak membantu saya, hari ini memberi saya seutas tasbih. walaupun mungkin padanya pemberian biasa, namun, pada saya, ia adalah satu pemberian yang sangat bermakna. apa yang saya paling bersyukur, sy semakin kuat untuk melupakan kisah yang telah menjd sejarah hidup sy. saya bertekad untuk tidak menoleh kebelakang lagi..

semoga tekad saya untuk khatam AlQuran bersama insan yang sangat bermakna ini diizin dan di makbulkn oleh Allah S.W.T..

ya Allah, sesunggunya aku ini insan yang banyak melakukan dosa. namun aku ingin ke syurgaMu ya Allah.. ko berilah aku kesempatan waktu untuk aku bersujud beramal kepadaMu..

0 comments on "Kesyukuran"

 

:::SuGaR PaPeR::: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal